Pendidikan Tongue Tie & Latch

Penerangan pendidikan tentang tongue tie, latch dan oral stimulation — dan bila perlu dirujuk kepada profesional.

TANYA SESI INI ↗ Semak slot & harga

Apakah servis ini

Sesi ini menerangkan aspek pendidikan tentang tongue tie, lekapan (latch) yang betul, dan oral stimulation. Matlamatnya supaya ibu faham apa yang sedang berlaku, soalan apa yang perlu ditanya, dan bila sesuai untuk mendapatkan penilaian profesional yang bertauliah.

Sesi ini tidak memberikan diagnosis dan bukan pengganti pemeriksaan doktor atau pakar laktasi perubatan.

Sesuai untuk siapa

  • Ibu yang disahkan/disyaki bayinya ada tongue tie dan mahu faham lebih jelas.
  • Ibu yang menghadapi latch sukar atau menyusu sakit.
  • Ibu yang mahu belajar teknik oral stimulation yang selamat dan lembut.

Apa yang sesi boleh liputi

  • Penerangan asas apa itu tongue tie dan tanda yang biasa diperhatikan.
  • Prinsip deep latch dan posisi yang membantu.
  • Teknik oral stimulation yang lembut (panduan pendidikan).
  • Bila dan kepada siapa anda perlu dapatkan penilaian lanjut.

Bagaimana ia berfungsi

  1. WhatsApp situasi anda dan sejarah ringkas bayi.
  2. Nad sahkan bentuk sesi yang sesuai.
  3. Bimbingan pendidikian dijalankan mengikut rentak anda.
  4. Jika perlu, anda akan digalakkan mendapatkan penilaian profesional yang sesuai.

Bacaan berkaitan

Bersedia untuk langkah pertama?

Hantar mesej — ceritakan keadaan anda, dan Nad akan mengesahkan slot serta harga terkini.

TANYA SESI INI ↗
WhatsApp