Konsultasi Penyusuan

Sesi perbincangan peribadi tentang cabaran penyusuan anda — latch, pumping, EBM atau persediaan kembali bekerja.

WHATSAPP UNTUK TEMPAH ↗ Semak slot & harga

Apakah servis ini

Konsultasi penyusuan ialah sesi perbincangan peribadi bersama Nad untuk memahami situasi penyusuan anda secara menyeluruh — rutin bayi, cara latch, corak pumping, simpanan EBM dan cabaran harian yang anda lalui.

Sesi ini bersifat pendidikan dan bimbingan. Ia bukan pemeriksaan perubatan atau diagnosis, tetapi ruang untuk anda bertanya, faham pilihan yang ada, dan pulang dengan langkah praktikal yang jelas.

Sesuai untuk siapa

  • Ibu yang baru mula menyusu dan rasa keliru nak mula dari mana.
  • Ibu yang menghadapi cabaran latch, pumping atau pengurusan susu perahan.
  • Ibu yang sedang membuat persediaan kembali bekerja.
  • Ibu yang mahukan pendapat kedua berbentuk pendidikan tentang rutin penyusuannya.

Apa yang sesi boleh liputi

  • Semakan rutin penyusuan/pumping harian anda.
  • Penerangan asas latch, posisi dan cengkaman.
  • Susun atur pumping dan pengendalian EBM mengikut situasi anda.
  • Soal jawab terbuka — bawa semua soalan anda.
  • Cadangan langkah seterusnya: kelas, homevisit atau rujukan profesional lain jika sesuai.

Bagaimana ia berfungsi

  1. Hubungi melalui WhatsApp dan ceritakan ringkas situasi anda.
  2. Nad akan mengesahkan bentuk sesi dan masa yang sesuai.
  3. Sesi dijalankan secara peribadi mengikut cadangan semasa.
  4. Selepas sesi, anda boleh bertanya susulan ringkas berkaitan topik yang dibincangkan.

Soalan lazim tentang Konsultasi Penyusuan

Adakah saya memerlukan rujukan daripada klinik?

Tidak. Sesi ini adalah sokongan pendidikan dan bimbingan penyusuan. Jika masalah anda memerlukan penilaian perubatan, anda akan digalakkan mendapatkan pemeriksaan yang sesuai.

Bacaan berkaitan

Bersedia untuk langkah pertama?

Hantar mesej — ceritakan keadaan anda, dan Nad akan mengesahkan slot serta harga terkini.

WHATSAPP UNTUK TEMPAH ↗
WhatsApp