Homevisit

Bantuan datang kepada anda — sesi peribadi di rumah dalam liputan Selangor semasa: Kuala Selangor, Klang, Rawang, Tanjung Karang & sekitar.

SEMAK KAWASAN & SLOT ↗ Semak kawasan & slot

Apakah servis ini

Homevisit ialah sesi bimbingan penyusuan secara bersemuka di rumah anda. Nad datang ke lokasi anda dalam kawasan liputan semasa di Selangor, supaya penilaian dan bimbingan boleh dibuat dalam persekitaran sebenar anda menyusu.

Sesuai untuk ibu yang sukar keluar rumah, baru berpantang, atau mahukan bimbingan hands-on dengan set up sebenar di rumah.

Sesuai untuk siapa

  • Ibu berpantang yang sukar keluar ke sesi luar.
  • Ibu yang mahukan bimbingan latch/posisi secara bersemuka.
  • Ibu yang mahu set up stesen pumping di rumah disemak.
  • Keluarga sekitar Kuala Selangor, Klang, Rawang, Tanjung Karang dan kawasan berdekatan.

Apa yang sesi boleh liputi

  • Pemerhatian sesi penyusuan dan bimbingan latch/posisi.
  • Semakan set up pam susu dan stesen pumping di rumah.
  • Penerangan pengendalian dan penyimpanan EBM di rumah.
  • Jawapan untuk soalan-soalan yang anda kumpulkan.
  • Cadangan susulan — kelas, produk digital, atau rujukan lain jika perlu.

Bagaimana ia berfungsi

  1. WhatsApp lokasi dan cabaran ringkas anda.
  2. Nad akan semak sama ada kawasan anda berada dalam liputan semasa.
  3. Slot dan harga disahkan terlebih dahulu sebelum temu janji dimuktamadkan.
  4. Homevisit dijalankan mengikut masa yang dipersetujui.

Soalan lazim tentang Homevisit

Kawasan mana diliputi oleh homevisit?

Liputan semasa: Kuala Selangor, Klang, Rawang, Tanjung Karang dan kawasan sekitarnya. Kawasan lain boleh diminta, tetapi bergantung pada slot dan kesesuaian — WhatsApp dahulu untuk semakan.

Boleh ke suami/penjaga hadir semasa homevisit?

Ya, sangat digalakkan supaya lebih ramai dalam keluarga memahami cara menyokong penyusuan.

Bacaan berkaitan

Bersedia untuk langkah pertama?

Hantar mesej — ceritakan keadaan anda, dan Nad akan mengesahkan slot serta harga terkini.

SEMAK KAWASAN & SLOT ↗
WhatsApp